Pakej Perkahwinan

10 Feb

Kini kami turut menyediakan pakej untuk kenduri perkahwinan atau persandingan.

Wedding setting
Bersanding

Pakej Perkahwinan : RM 2,500

Tempahan perlu dibuat 30 hari sebelum tarikh majlis ingin dilangsungkan. Kakitangan kami akan memastikan majlis anda berjalan dengan lancar. Kepuasan hati pelanggan sentiasa menjadi landasan kami.

Pakej Reunion

3 Nov

Kini anda boleh menempah Dewan Rebana untuk majlis reunion atau homecoming! Kami menyediakan pakej yang menarik sempena cuti persekolahan dan cuti hujung tahun yang bakal tiba tidak lama lagi. Ini adalah masanya untuk meluangkan masa bersama sahabat handai, sanak saudara mahupun rakan sekerja.

Berjumpa teman-teman lama (Sekadar gambar hiasan)

Dewan Rebana memberikan ruang yang lebih selesa dan privasi, tanpa gangguan daripada orang luar. Pelbagai aktiviti menarik boleh diadakan seperti karaoke, persembahan, penyampaian hadiah mahupun permainan indoor bagi memeriahkan lagi acara reunion anda. Selain itu, anda juga boleh mengadakan jamuan untuk majlis harijadi sepertimana yang pernah kami uruskan sebelum ini. Kemudahan seperti sistem P.A, pentas, LCD screen & projector serta kerusi dan meja memang disediakan.

Juga sesuai untuk majlis perpisahan (Sekadar gambar hiasan)

Sambutan hari jadi! (Sekadar gambar hiasan - diambil dari budiey.com)

Tempah sekarang dan nikmati potongan harga untuk penginapan di Hotel Rebana. Sila dail +609-747 6040 atau +609-747 7040. Untuk urusan istimewa dan segera, anda boleh dail +013-923 0858.

Klik sini untuk lihat pakej dan harga

Kenduri kahwin

3 Nov

Selain daripada seminar, majlis makan malam dan reunion, dewan kami juga sesuai digunakan untuk majlis kenduri perkahwinan. Kami menjamin persekitaran yang selesa dan menyenangkan. Apa yang perlu anda fikirkan adalah hanya aturcara majlis, susunatur dewan dan jemputan.

Dewan Rebana juga turut menyediakan katering untuk kenduri kahwin, termasuk makanan pengantin. Pendek kata, semuanya ditanggung beres! Untuk tetamu yang jauh, bolehlah terus menginap di Hotel kami dimana kami menyediakan harga yang istimewa. Untuk bilik jenis Standard, hanya RM 80 dan RM 106 untuk bilik jenis Deluxe. Harga ini adalah terhad kepada mereka yang menyewa dewan kami sahaja.

Mungkin ada yang beranggapan menyewa dewan untuk kenduri adalah pembaziran wang. Tetapi bagi kami, apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk hari yang istimewa berbanding dengan masa dan tenaga yang dapat dijimatkan. Tambahan pula, pakej yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan (sila rujuk di bahagian ‘HARGA’) Selain itu, kami turut menyediakan ruang di hadapan dewan kami untuk kegunaan sepanjang majlis (ruang letak kereta untuk Hotel Rebana)

Ini adalah diantara contoh yang boleh kami cadangkan bagi mereka yang dalam perancangan untuk berkahwin dan mencari tempat yang sesuai untuk diadakan majlis kenduri perkahwinan.

Waktu yang disewa: 08:00 pagi sehingga 06:00 petang (10 jam)
Aturcara majlis:
08:00 Pagi – Persiapan untuk hiasan dan susunatur dewan
10:00 Pagi – Persiapan hidangan dan kelengkapan jamuan
11:00 Pagi – Majlis bermula dan ketibaan para tetamu
5:00 Petang – Majlis berakhir dan pihak pengantin bersiap untuk pulang
6:00 Petang – Tempat mula dibersihkan oleh pihak Dewan Rebana

Jumlah yang perlu dibayar: RM500 sahaja

Pilihan lauk untuk jamuan

13 Oct

Berikut disenaraikan antara menu makanan atau lauk untuk pilihan pelanggan. Menu ini disediakan sebagai pilihan kepada pakej jamuan yang disediakan oleh Dewan Rebana


Kerutuk Daging - diambil daripada myresipi.com

Daging

  • Kerutuk daging
  • Daging goreng masak kicap
  • Daging phadprik
  • Daging goreng masak merah
  • Daging goreng
  • Gulai kawah daging
  • Sup tulang
  • Rendang daging
  • Daging kicap rendang dinding

Ayam Percik - diambil daripada myresipi.com

Ayam

  • Kerutuk ayam
  • Kurma ayam
  • Ayam goreng masak kicap
  • Ayam goreng masak merah
  • Ayam phadprik
  • Ayam percik
  • Ayam goreng berempah
  • Gulai kari ayam
  • Sup ayam
  • Rendang ayam
  • Puyuh goreng (harga mengikut pasaran)

Ikan

  • Ikan bakar air asam
  • Ikan tenggiri sweet sour
  • Siakap 3 rasa

Sayuran

  • Gulai dalca
  • Kerabu mangga
  • Kerabu terung
  • Kerabu pucuk paku
  • Paceri nenas
  • Tauchu kacang panjang
  • Sayur campur
  • Sambal jantung pisang
  • Terung berlada


    Terung berlada - diambil daripada aidahomeer.blogspot.com

Nasi

  • Nasi putih
  • Nasi minyak
  • Nasi rempah ratus+ayam
  • Nasi beryani
  • Nasi arab
  • Nasi bukhari
  • Nasi tomato
  • Nasi cendawan teratak

* sebarang menu @ cadangan lain boleh dirunding

Panduan Sewa Dewan/Hotel Untuk Pengantin

4 Oct
Memilih lokasi yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda juga adalah amat penting untuk kelangsungan majlis anda nanti. Kini, anda tidak lagi perlu risau untuk memikirkan lokasi yang sesuai untuk majlis pernikahan anda nanti kerana terdapat banyak dewan komuniti atau banquet hall yang bersedia untuk disewa bagi apa sahaja acara atau majlis, termasuklah untuk tujuan majlis perkahwinan.
Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail
Antara Contoh Lokasi yang sering digunakan untuk upacara perkahwinan

Antara contoh kandungan pakej untuk sewaan bagi majlis perkahwinan adalah seperti :

  • Sewa hotel atau taman
  • Kerusi dan meja
  • Menu & hidangan
  • Penyambut tetamu
  • Pengiring

Contoh perkahwinan di Ballroom Corus Hotel Kuala Lumpur

Berkenaan dengan kadar sewa, ia pada umumnya adalah bergantung kepada kemudahan serta taraf dewan tersebut. Misalnya untuk sewaan dewan hotel yang berprestij dan bertaraf 5 bintang pastinya memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding kos untuk hotel yang bertaraf biasa kerana kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan juga pasti berbeza dari aspek kualiti dan keselesaannya.

Jika anda seorang yang menyukai sambutan yang lebih sederhana pula, maka anda bolehlah menyewa dewan biasa yang lebih murah seperti dewan masjid, dewan orang ramai ataupun dewan desa. Sekiranya tetamu yang dijemput tidaklah sebegitu ramai atapun bajet anda tidak terlalu banyak, maka anda boleh juga melangsungkan majlis perkahwinan anda di rumah sendiri atau dirumah saudara mara anda.
Walaubagaimanapun, pilihan adalah di tangan anda bergantung kepada keselesaan, keperluan dan kemampuan kewangan anda.
– Artikel di ambil sepenuhnya daripada http://www.panduanpengantin.com/sewadewan/
– Jika anda penulisnya dan ingin artikel ini di buang, sila e-mail kepada saya di hrebana@streamyx.com